Saturday 17 December 2011

SEJARAH PRAU


Soalan 1 :

Sejauh manakah masyarakat Arab pada zaman jahiliyah dikatakan masyarakat yang tidak mempunyai peradaban dan tamadun.

A. Pengenalan (3 / 4 m)

1. Maksud Jahiliyah. Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah sebagai zaman sebelum Islam, iaitu sebelum turunnya al-Quran. Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk, tidak mempunyai tamadun / peradaban, masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkak dan masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca atau menulis.

2. Latar belakang masyarakat Arab Jahiliyah. Zaman jahiliyah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Saba kira-kira 300 tahun (3 abad) sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dan berakhir apabila turunnya wahyu al Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 610 M.

3. Maksud tamadun – tamadun ialah kata Arab yang bermaksud kemajuan, kehalusan budi pekerti dan sopan santun. Menurut Ibnu Khaldum, perkataan tamadun atau madani adalah merujuk kepada masyarakat manusia yang maju dan makmur sama ada di kota atau di desa.

Isi (7 isi x 3 markah = 21 markah)


Sebab masyarakat Arab dikatakan tidak bertamadun.( Buat penegasan )

1. Akidah kepercayaan yang sesat. Zaman jahiliyah dianggap zaman yang mengalami keruntuhan dari segi agama dan kesesatan dalam beragama yang begitu dahsyat di Semenanjung Arab. Masyarakat Arab pada era zaman jahiliyah dikatakan hilang pedoman dan dilanda kejahilan dalam beragama. Tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Arab kerana hubungan masyarakatnya dengan dunia luar menerusi hubungan perdagangan. Orang Parsi berusaha untuk menyebarkan agama Majusi, manakala orang Rom berusaha menyebarkan agama Nasrani yang diselewengkan di kalangan masyarakat pesisiran pantai Semenanjung Arab. Terdapat juga yang menganut agama Yahudi yang juga telah diselewengkan oleh pendeta agama mereka . Manakala orang Arab di bahagian tengah Semenanjung Arab berpegang teguh dengan agama nenek moyang mereka, iaitu agama menyembah berhala.(Agama Wathani). Terdapat juga kepercayaan animisme dan tahyul diamalkan.

2. Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk. Pada zaman Jahiliyah, masyarakatnya tidak mempunyai pemimpin agama yang boleh membimbing mereka mengenal agama yang benar dan hidup bersyariat yang baik. Tidak ada nabi dan rasul yang menyeru mereka ke arah agama yang benar dan menyampaikan ajaran Allah (swt). Berbeza dengan zaman sebelum runtuhnya empangan Maarib di mana terdapatnya beberapa orang nabi dan rasul yang menyeru masyarakat Arab ke arah agama Allah (swt). Masyarakat arab jahiliyah juga tidak menggunakan kitab-kitab suci asal yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelum mereka sebagai panduan dan rujukan daripada kesesatan. Malah mereka menjadi pengikut memesongkan isi kitab suci terdahulu untuk kepentingan puak-puak masing-masing. Seperti kaum Yahudi yang mengubah isi kandungan kitab Taurat dan mengingkari ayat-ayat Allah (swt)

3. Keruntuhan akhlak. . Mereka banyak mengamalkan nilai-nilai buruk dalam kehidupan seharian. Nilai-nilai buruk yang agak ketara ialah seperti suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak, mengamalkan semangat asabiyah, dan membunuh anak perempuan.

4. Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya mendapat anak perempuan. Hal ini jelas disebutkan dalam al-Quran, Surah al-Nahl . Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan timbulnya amalan membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.Kaum wanita biasanya dijadikan sebagai alat untuk memuaskan nafsu lelaki.

5. Penipuan dalam ekonomi. Menjadi kebiasaan orang Arab Jahiliyah melakukan penipuan timbangan dan sukatan dan mengamalkan riba. Kegiatan perdagangan orang Arab melibatkan riba. Mereka mengenakan kadar bayaran balik yang tinggi kepada peminjam.

1. Ilmu pengetahuan – sangat sedikit orang arab yang tahu membaca dan menulis dan tiada tradisi penyebaran ilmu dan pendidikan dalam masyarakat Arab jahiliyah. Mereka hanya memiliki asas-asas ilmu politik, ekonomi dan perniagaan. Masyarakatnya hidup dalam keadaan buta huruf. Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana adanya hubungan perdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya. Ilmu pengetahuan tidak diwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina semula Empangan Maarib yang telah runtuh. Dikatakan hampir semua orang Arab buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang Arab sahaja yang tahu membaca dan menulis.

2. Keangkuhan dan sombong - Mereka mengamalkan semangat asabiyah. Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai semangat asabiyah yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan sering berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah dengan kabilah yang lain. Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi. Kehidupan yang secara berpuak-puak, menyebabkan mereka ini sering berperang sesama sendiri sama ada secara individu atau kelompok. Tujuannya adalah untuk mendapat kuasa, restu puak, perlindungan dan pengaruh daripada penjajah.

8. Sistem pemerintahan. Tidak terdapat satu bentuk kerajaan yang teratur dan mempunyai sistem pemerintahan yang kukuh. Keseluruhan Semenanjung Arab dikuasai oleh suku atau puak-puak Arab yang berpecah mengikut sistem kabilah. Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang memerintah atau kuasa asing yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya berbentuk negara naungan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik sama ada Rom atau Parsi. Makkah turut menerima ancaman Habsyah-Rom di bawah penguasa Abrahah. Orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di mana peraturan yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu memasuki kabilah yang lain.Walaubagaimanapun, terdapat juga ciri-ciri ketamadunan masyarakat Arab zaman jahiliyah yang baik.

9. Mengamalkan perdagangan antarabangsa. Sistem ekonomi orang Arab Hadari kebanyakannya ialah pedagang yang bergerak dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor unta. Sistem perdagangan yang biasa diadakan ialah sistem perdagangan dua musim, iaitu musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara, iaitu Syam dan pada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di samping itu, mereka akan berkumpul di tengah Semenanjung Tanah Arab khususnya pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu pasar Ukaz, Zulmajaz dan Zulmajinman. Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa. Mereka dikatakan mempunyai hubungan dengan orang-orang India, China dan Nusantara. Mereka mengambil barang dagangan dari pelabuhan di Yaman dan membawa ke Syam (Damsyik) untuk dijual kepada pedagang Eropah.
10. Menghormati tetamu walaupun musuh. Antara nilai-nilai baik yang mereka miliki ialah menghormati tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, serta memberi penghargaan terutamanya kepada golongan penyair.

11. Mahir dalam bidang kesusasteraan. Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah. Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais, Zuhair dan Tarafah. Mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya yang dianggap bermutu yang disebut "al-Mu'allaqat-al-Sab" yang pernah digantung di Kaabah. Syair-syair akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Namun, karya-karya ini kebanyakannya berbentuk sajak cinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan berseronok. Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau pengalaman atau khayalan dan tidak menunjukkan daya intelektual yang tinggi. Semua karya ini dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan.

C. Kesimpulan

Kedatangan Islam telah merubah tamadun Masyarakat Arab. Menjadi tamadun yang hebat .(Apa saja yang berkaitan dengan soalan dan isi.)

TAMADUN DUNIA : TEMA 1 – PENGARUH ALAM SEKITAR TERHADAP PRASEJARAH
Huraikan pengaruh alam sekitar terhadap kehidupan masyarakat dari zaman pra-sejarah.
Pengenalan:
• Masyarakat zaman prasejarah banyak diperngaruhi oleh faktor alam sekitar dalam kehidupan seharian mereka.
• Hubungan manusia dengan alam sekitar dan cara manusia mentafsir hubungan tersebut dan membuat beberapa pengubahsuaian dalam hubungan tersebut, merupakan langkah awal pembentukan tamadun manusia.
• Zaman prasejarah ialah zaman sebelum wujudnya rekod bertulis tentang kehidupan manusia.
• Terbahagi dua iaitu zaman prasejarah akhir yang terdiri daripada Zaman Paleolitik (kira-kira 500,000 SM – 10,000 SM) dan Zaman Mesolitik (kira-kira 10,000 SM – 7000 SM). Zaman prasejarah akhir dikenali sabgai Zaman Neolitik (kira-kira 7000 SM hingga 3500 SM).
• Zaman Paleolitik dikenali sebagai Zaman Batu Lama, Zaman Mesolitik disebut sebagai Zaman Batu Pertengahan, dan Zaman Neolitik dikenali sebagai Zaman Batu Baru.
• Perkembangan tamadun masyarakat prasejarah berkembang di seluruh dunia walau bagaimanapun tahap perkembangan tamadun ini adalah berbeza-beza.

Isi

Pengaruh Alam Sekitar

1. Pemilihan Tempat Tinggal/Petempatan

Paleolitik – pilih gua, lubang bawah tanah, ranting yang ditutup dengan rumput / daun, supaya dapat berlindung daripada binatang buas, musuh, dan kesejukan.
Neolitik - pilih lembah sungai, dataran tanah pamah dan persisiran pantai untuk dapat bekalan air, kesuburan tanaman, tangkap ikan, kemudahan perhubungan & pengangkutan.

2. Agama & kepercayaan

Paleolitik - Alam dipercayai ada kuasa luar biasa – mengancam keselesaan dan kehidupan.

Neolitik – mengharapkan hasil pertanian - upacara ritual pemujaan dan korban membuktikan mereka percaya kepada kuasa ghaib dan alam sekitar (cara mereka berdamai dengan alam sekitar agar alam sekitar tidak ‘ mengamuk ‘ ).

3. Peralatan

Paleolitik – mengunakan peralatan yang mudah dan ringkas. Mementingkan fungsi alatan. Membuat baju daripada kulit binatang kerana suhu yang sejuk.

Neolitik – menggunakan peralatan lebih kurang sama tapi halus dan kemas kerana dibuat daripada batu gua dan batu kapur. Peralatan mudah diperolehi kerana mereka tinggal di tepi sungai. Mereka mencipta roda dan kapal layar, cipta cangkul, tajak dan kapak (pertanian). Persekitaran mencabar manusia mencipta peralatan tersebut.

4. Kegiatan Ekonomi

Paleolitik – bergantung kepada alam sekitar untuk mendapat makanan dengan cara berburu dan memungut hasil hutan. Alam sekitar mempengaruhi mereka.

Neolitik – Pertanian dan penternakan giat dijalankan kerana kawasan delta yang subur.Berlaku revolusi pertanian. Berlaku surplus iaitu lebihan hasil yang menyebabkan berlaku aktiviti perdagangan .Sungai sebagai medium perhubungan membolehkan perdagangan secara tukar barang/barter dijalaankan. Mereka telah cuba mempengaruhi alam sekitar.Jelaslah alam sekitar mempengaruhi kegiatan ekonomi prasejarah.

5. Gaya Hidup

Paleolitik – Kehidupan ‘simple ‘ . Mereka berpindah randah (nomad) untuk mencari makanan dan kawasan selamat.Tidak memiliki harta. Hidup dalam kumpulan kecil dan tiada oganisasi.

Neolitik – Kehidupan lebih kompleks. Hidup dalam kumpulan besar dan ada organisasi mudah. Mula melantik ketua. Melakukan aktiviti yang sesuai di tempat tinggal mereka secara bekerja sama dan mula melakukan pengkhususan kerja.

Kesimpulan:

Penguasaan terhadap alam sekitar berlaku secara kebetulan tanpa perancangan rapi. Wujud proses saling melengkapi antara manusia dan alam sekitar, telah banyak membantu penguasaan manusia teknologi ciptaannya terhadap alam sekitar dan ini bererti meningkatnya tamadun manusia.